Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

20-01-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

PROGRAM EKSPRESI NEGARAKU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

14 Oktober 2017, Dungun – Program Ekspresi Negaraku peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, Terengganu. Program ini dijadualkan menjelajah seluruh negara dengan hasrat membangkitkan semangat jati diri dan menerap semangat cintakan tanahair dan menyemai tanggungjawab memelihara keamanan dan keharmonian negara.

Program ini disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diiringi Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd. Rahman, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Salleh Keruak, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Tan Sri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Sektor Pembangunan Strategik ICU JPM, Datuk Zolkopli bin Dahalan, Pegawai Kemajuan Negeri (ICU Terengganu), Dato’ Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Exco-exco Kerajaan Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.

YAB TPM dalam ucapannya menekankan keseimbangan kemajuan duniawi dan ukhrawi bagi mencapai matlamat Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. YAB TPM turut memuji langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Terengganu di bawah kepemimpinan YAB Menteri Besar untuk mencegah dan membasmi aktiviti lumba haram atau ‘rempit’ di negeri ini.

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) turut terlibat dalam pameran dan aktiviti iaitu pelancaran aplikasi Jom Pantau, pendaftaran dan semakan Sistem e-Kasih, hebahan program Touch Point ICU JPM serta promosi Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan Program Rimbunan Kasih (RK) yang mengetengahkan usahawan tempatan. YAB Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat ke ruang pameran PPPNT dan menyempurnakan gimik pelancaran aplikasi JomPantau.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung dimulai dengan Larian Bendera Negaraku melibatkan penyertaan lebih 5,000 peserta, acara-acara pentas, persembahan artis, perkhidmatan kaunter bergerak jabatan/agensi kerajaan dan swasta dan juga cabutan bertuah. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Dungun dan pemimpin tempatan turut memasak dan mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada para pengunjung.

Program Ekspresi Negaraku yang bermula seawal jam 6.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang ini berjaya menarik seramai 20,000 pengunjung.
 

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 16 Oktober 2017