Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

24-04-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

KUNJUNGAN TKP(PS) DATUK ZOLKOPLI BIN DAHALAN SEMPENA LAWATAN YAB PERDANA MENTERI  KE EKSPO TERENGGANU 2018


03 Mac 2018   Bersempena dengan Majlis Perasmian Penutup Ekspo Terengganu 2018, YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Strategik (TKP-PS) telah hadir bagi mengiringi YAB Perdana Menteri untuk menyempurnakan acara tersebut.
Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Ekspo Terengganu 2018 dengan tema “Terengganu Molek Doh” pada 25 Februari 2018 – 3 Mac 2018 bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus. Ekspo tersebut menyasarkan seramai 10,000 orang pengunjung setiap hari yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan dan orang awam.
Ekspo ini diadakan bagi mempamerkan kepada rakyat tentang usaha, kejayaan  dan perancangan  yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat Negeri Terengganu.
Pengisian utama ekspo adalah pameran daripada Kerajaan Negeri dan Pejabat-Pejabat Daerah, GLC dan Agensi Negeri seperi Terengganu Inc, UTEN, ECER, dan PMINT. Selain itu, terdapat jualan daripada Terengganu Kitchen, pengusaha-pengusaha IKS, carboot sale, foodtruck dan lain-lain. YBhg. Datuk TKP(PS) turut meluangkan masa mengunjungi Pameran Utama Ekspo tersebut.



Sumber: Seksyen Pengurusan

Tarikh Kemaskini: 01 April 2018