Kg. Surau Panjang, 5 April 2018 – Susulan Mesyuarat Penyelarasan Majlis Pecah Tanah Bagi Laluan Projek Rel Pantai Timur (ECRL) Terengganu pada 3 April 2018, satu lawatan bagi meninjau lokasi cadangan majlis telah diadakan pada 5 April 2018 (Khamis) yang diselaraskan oleh pihak UPEN dan MRL. Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan taklimat oleh pihak MRL berhubung laluan masuk, lokasi khemah/pentas utama, parking VIP, gimik pelancaran dan sebagainya. Pihak PPPNT diwakili oleh Penolong Pengarah, Seksyen Pemantauan dan Penilaian. Lawatan berakhir kira-kira pada jam 11.30 pagi. |