Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA PEJABAT DAN DEWAN SERBAGUNA DI KAWASAN TOK RANDOK, HULU TERENGGANU, TERENGGANU

9 Ogos 2018, Hulu Terengganu – Satu Majlis Penyerahan Projek Membina Pejabat dan Dewan Serbaguna di kawasan Tok Randok, Hulu Terengganu, Terengganu telah diadakan pada hari ini. Majlis penyerahan ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Indera Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi (Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu), Encik Mohd Fadzlie bin Ibrahim (Jurutera Daerah, JKR Hulu Terengganu) selaku agensi pelaksana projek, wakil Majlis Daerah Hulu Terengganu, kontraktor TS Unggul Enterprise, subkontraktor (elektrik), subkontraktor (mekanikal), pegawai-pegawai JKR dan pegawai-pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu.

Majlis penyerahan ini yang bermula jam 10.00 pagi disempurnakan dengan menandatangani dokumen penyerahan projek dan gimik penyerahan replika kunci dewan daripada pihak kontraktor kepada JKR dan kemudiannya diserahkan kepada PPPN Terengganu selaku penyelaras projek yang seterusnya diserahkan kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu selaku pemilik dewan yang akan menyelaras penggunaan dan penyelenggaraan dewan ini. Dewan ini dinamakan sebagai Dewan Yayasan Salim Tok Randok.

Projek ini merupakan projek yang diluluskan oleh YAB PM pada tahun 2015 dengan kos peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.0 juta. Skop projek ini merangkumi pembinaan dewan yang dilengkapi dengan tandas, bilik mesyuarat, ruang utiliti dan lanskap.
 
PPPN Terengganu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini terutama JKR Hulu Terengganu selaku agensi pelaksana projek dan kontraktor TS Unggul Enterprise. Diharap dewan ini memberi manfaat kepada penduduk setempat bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan.


Sumber: Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 13 Ogos 2018