Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
  Kemaskini pada :
  07/06/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

LAWATAN PKN KE TAPAK PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN DEWAN MASYARAKAT DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI TOK JIRING, KUALA NERUS, TERENGGANU

12 MAC 2017  - Satu lawatan telah dibuat oleh YBhg. Dato’ Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu ke tapak projek di Dewan Masyarakat Di Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu. Lawatan ini turut disertai oleh wakil Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Terengganu (JKR) selaku agensi pelaksana projek iaitu Encik Mohamad bin Hasan, wakil kontraktor iaitu En. Azlimi Mohamed (Site Supervisor MKA Global Sdn. Bhd.)  dan Pegawai serta Penolong Jurutera Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu. Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk memantau prestasi pelaksanaan projek tersebut.
Projek Dewan Serbaguna Di Tok Jiring agak ketinggalan dari segi kerja dan tempoh masa kontrak. Walau bagaimanapun, kerja-kerja di tapak giat dijalankan bagi mengejar tempoh masa yang ditetapkan. Kerja-kerja konkrit lantai dan pemasangan tetulang (tiang) sedang dijalankan. Tarikh jangka siap asal ialah pada 30 Julai 2017. Kemungkinan projek ini akan mengalami kelewatan disebabkan oleh masalah peralihan tapak (setting out) sebelum ini. Pihak kontraktor telah diminta untuk mempercepatkan pelaksanaan projek ini kerana kelewatan tersebut. Sesi lawatan ini bermula jam 10.45 pagi dan selesai pada jam 11.30 pagi.

Sumber : Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 14 Mac 2017