Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

20-01-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

PROGRAM DERMA DARAH PPPNT DENGAN KERJASAMA HSNZ

03 DISEMBER 2017, Ahad - Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HNSZ) telah menganjurkan satu Program Derma Darah. Kempen yang telah diadakan di Ruang Legar Dewan Besar Wisma Darul Iman telah berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Seramai 50 orang penderma telah menyertai program ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada ketua-ketua jabatan yang membenarkan kakitangan masing-masing hadir bagi menjayakan program ini, yang terdiri daripada jabatan-jabatan kakitangan Wisma Darul Iman seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, kakitangan Daya Urus Sdn. Bhd. (Syarikat Penyelenggara Wisma Darul Iman), Jabatan Imigresen Negeri Terengganu, warga sekitar Wisma Darul Iman, orang awam serta warga PPPNT sendiri. 

Bagi menghargai jasa baik semua penderma, pihak pengurusan PPPNT telah menyediakan 10 Hadiah Cabutan Misteri, 100 cenderahati bagi penderma yang terawal dan Sijil Penghargaan Penderma daripada HSNZ. Adalah diharapkan agar di masa-masa akan datang, lebih ramai individu yang sedia untuk menyertai program sebegini sebagai satu kaedah ke arah merealisasikan budaya keprihatinan terhadap kebajikan bersama. PPPNT juga sangat berbesar hati kerana dapat mengadakan program terakhir bagi tahun 2017 ini dengan jayanya.

Sumber : Seksyen Pengurusan

Tarikh Kemaskini: 07 Disember 2017