Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM CAKNA RAMADHAN DAERAH SETIU SIRI 2 TAHUN 2017

SETIU, Selasa, 14 Jun 2017 – Program Cakna Ramadhan Daerah Setiu Siri 2 Tahun 2017 telah diadakan di Kampung Besut Permaisuri, Kampung Bukit Mak Som dan Kampung Jelapang. Program ini melibatkan 4 buah keluarga miskin yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Saringan awal terhadap peserta program Cakna Ramadhan dilakukan sebelum Bulan Ramadhan bagi mencari mereka yang layak menerima sumbangan dalam bentuk barangan keperluan dapur.

Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri, Tuan Haji Jamaruslam bin Abdullah turun padang dalam Program Cakna Ramadhan Daerah Setiu pada kali ini. Turut mengiringi beliau, Ketua Seksyen dan kakitangan Seksyen Khas serta Pegawai Kesejahteraan Rakyat Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) Daerah Setiu.

Salah seorang Ketua Isi Rumah (KIR) yang dilawati iaitu Mohd Rozi bin Husin seorang penoreh getah yang tinggal di Kampung Jelapang Setiu menyara hidup seorang isteri dan 4 orang anak yang masih kecil dan bersekolah. Sumbangan yang dihulurkan dapat sedikit sebanyak mengurangkan pembelanjaan dapur pada bulan Ramadhan. Beliau mengucapkan terima kasih di atas kesudian dan keperihatinan PPPNT  terhadap keluarganya dalam menyambut bulan Ramadhan tahun ini.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 18 Jun 2017