Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM CAKNA RAMADHAN DAERAH MARANG SIRI 2 TAHUN 2017

Marang , Khamis, 15 Jun 2017 – Program Cakna Ramadhan Daerah Marang Siri 2 Tahun 2017 telah melibatkan 4 buah keluarga peserta eKasih yang terpilih.

            Salah seorang peserta yang diziarah dalam program kali ini ialah Redzuan bin Mohamad dari Kampung Serating, Merchang. Beliau tidak lagi mampu bekerja kerana mengidap masalah penglihatan mata yang kritikal dan sedang menerima rawatan berkala di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.  Selain itu, beliau menanggung seramai 6 orang ahli keluarga termasuk isteri dan 4 orang anak. Isteri beliau juga tidak mampu bekerja kerana menjaga anak bongsu yang berusia 5 bulan. Kesusahkan beliau sekeluarga bertambah apabila bahagian bumbung dan atap rumah telah ranap menyembah bumi akibat ditimpa sebatang pohon kelapa, sehari sebelum beliau diziarah skuad Cakna Ramadhan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT).

           Justeru itu, pihak MAIDAM Daerah Marang telah menyalurkan bantuan dengan kelulusan segera sebanyak RM5,000 kepada beliau sekeluarga. Kehadiran pegawai dan kakitangan PPPNT sedikit sebanyak telah membantu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan melalui sumbangan barangan keperluan dapur kepada beliau sekeluarga.


Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 18 Jun 2017