Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM CAKNA RAMADHAN DAERAH KEMAMAN TAHUN 2017

KEMAMAN, Khamis, 08 JUN 2017– YBhg. Dato’ Nik Nasarudin bin Mohd Zawawi, Pegawai Kemajuan Negeri Terengganu turun padang sempena Program Cakna Ramadhan Daerah Kemaman pada tahun ini. Sebanyak tujuh (7) keluarga telah dilawati pada hari tersebut melibatkan Kampung Padang Kemasik, Kampung Bukit Teruna Payoh Kijal, Kampung Batu 9 Ibok Kijal, Kampung Binjai Tok Kapur, Kampung Banggol Kanan, Kampung Besut Chukai dan Kampung Geliga. Turut hadir mengiringi beliau adalah Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman serta pegawai-pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT).

Salah seorang Ketua Isi Rumah yang dilawati adalah Encik Mohd Rahadi bin Mamat yang tinggal di Kampung Bukit Teruna yang bekerja sebagai buruh pembinaan. Beliau menjaga 3 orang anak angkat yang kesemuanya bersekolah sudah hampir 3 tahun. Sumbangan yang diterima dapat sedikit sebanyak mengurangkan pembelanjaan barangan dapur pada bulan Ramadhan tahun ini.



Sumber: Seksyen Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 11 Jun 2017