Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

18-06-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

CERAMAH PENGURUSAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN PEJABAT


1 Mac 2018   Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu telah mengadakan Ceramah Pengurusan Keselamatan Perlindungan Pejabat bertempat di Bilik Syarahan, Wisma Darul Iman. Majlis yang bermula pada jam 9.00 telah dihadiri oleh 30 orang pegawai dan kakitangan PPPN Terengganu.

Ceramah ini diadakan sejajar dengan keperluan Audit Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan yang akan diadakan pada 10 hingga 14 April 2018 di PPPNT oleh pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Antara objektif ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai dasar, prosedur dan arahan berkaitan keselamatan pejabat. Memberi kompetensi melaksana sistem kawalan keselamatan perlindungan yang teratur dan berkesan di pejabat serta menerangkan peranan dan tugas Ahli Jawatankuasa Keselamatan Perlindungan. Selain itu juga dapat memupuk kesedaran dan sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan pejabat.

Ceramah yang mengambil masa selama 2 jam ini telah disampaikan oleh Kapten Addy Husszairi bin Husin, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Terengganu.


Sumber: Seksyen Pengurusan

Tarikh Kemaskini: 11 Mac 2018