Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM CAKNA RAMADHAN DAERAH KUALA TERENGGANU SIRI 1 TAHUN 2017

KUALA TERENGGANU, Selasa, 7 Jun 2017 – Program Cakna Ramadan tahun ke-7, dianjuran oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) telah bermula sejak 5 Jun lalu. Empat (4) keluarga terpilih pada hari tersebut telah menerima bantuan berbentuk barangan keperluan harian sebagai kegunaan di bulan Ramadhan dan persiapan untuk menyambut bulan Syawal 1438H.

Seperti kebanyakan keluarga, Encik Khadzir Mohamed dan keluarga teruja menyambut kedatangan Ramadhan setiap tahun. Namun pada tahun ini, beliau yang kini tidak bekerja kerana mengalami masalah kesihatan akibat kencing manis, terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan harian demi membesarkan 3 orang anak yang masih kecil. Isteri beliau baharu sahaja bekerja sebagai tukang sapu.

Penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan, Puan Azyyati Azmatun Mohd Ali bersama-sama Penolong Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penilaian, Encik Mohd Naharruddin Mohd Yakin. Turut hadir dari PPPNT ialah Puan Rosilah Abd Wahab dan Mohd Izwan Jaafar. Pengerusi J3K Pulau Ketam, Encik Khalid Harun dan Pengerusi J3K Pulau Duyung Kelab Aya, Encik Mohd Saiful Bahari Zakari turut sama turun padang pada hati tersebut.

Sumber : Seksyem Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 08 Jun 2017