Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM CAKNA RAMADHAN DAERAH HULU TERENGGANU SIRI 1 TAHUN 1438H

HULU TERENGGANU, Isnin, 05 Jun 2017 – Program Cakna Ramadhan Daerah Hulu Terengganu telah berjaya dilaksanakan terhadap empat (4) Ketua Isi Rumah (KIR) yang terpilih. Lawatan ini disertai oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan dari pelbagai seksyen Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT). Program ini diadakan khas sempena bulan Ramadhan bertujuan untuk menziarah sambil menghulurkan sumbangan berbentuk barangan dapur hasil dari derma dan kutipan sumbangan warga PPPNT kepada golongan Miskin/Miskin Tegar terpilih yang berdaftar di bawah ekasih.

Antara KIR yang dilawati adalah seorang balu yang tinggal seorang diri serta jauh dari jiran tetangga. Selain itu, skuad Cakna Ramadhan juga telah menziarahi seorang KIR yang terlantar sakit, tidak berupaya bekerja dan kini rumah sewa yang didiami dibiayai oleh MAIDAM. Seterusnya, skuad Cakna Ramadhan menziarahi KIR yang merupakan penerima bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan mempunyai anak yang ramai. Rumah terakhir dilawati adalah sebuah keluarga miskin yang baru sahaja menerima bantuan baik pulih rumah dari Pejabat Daerah Hulu Terengganu.

Sumber : Seksyem Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 07 Jun 2017