Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
16/10/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

PROGRAM CAKNA RAMADHAN DAERAH DUNGUN SIRI 1 TAHUN 1438H

DUNGUN, Isnin, 5 Jun 2017  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dilalui seorang ibu tunggal, Norlini Awang apabila terpaksa menyara 4 orang anak yang masih bersekolah sejak kematian suaminya 4 tahun yang lalu.

    "Empat anak saya kesemuanya bersekolah. Walaupun susah, saya mahu mereka ke sekolah demi masa depan mereka,” katanya yang menumpang di rumah kakak ipar di Kampung Bukit Catak

    Norlini yang hanya bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah sekolah mengakui bergantung harap sepenuhnya pada bantuan kanak-kanak yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan bagi membiayai perbelanjaan persekolahan anak-anaknya selain dari gaji yang diperolehi sebanyak RM600 sebulan.

    Untuk bulan Ramadhan tahun ini, beliau tidak dapat bekerja disebabkan perlu memberi  perhatian pada anak-anak, lebih-lebih lagi apabila salah seorang menghidap masalah kesihatan dan seorang lagi mempunyai masalah kemurungan disebabkan tekanan hidup yang dilalui sebelum ini.Keluarga Norlini merupakan salah satu daripada empat buah keluarga miskin yang dilawati  oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) menerusi Program Cakna Ramadhan di sekitar daerah ini semalam.

    Melalui program ini, pihak PPPNT memberi sumbangan berbentuk barangan keperluan dapur bagi meringankan beban keluarga setiap keluarga yang dilawati.Selain memberi sumbangan tersebut, pihak PPPNT juga akan menyalurkan maklumat berkenaan keluarga yang dilawati kepada agensi-agensi yang berkaitan untuk pertimbangan bantuan yang bersesuaian.

Sumber : Seksyem Pengurusan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan

Tarikh Kemaskini: 07 Jun 2017