Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

20-01-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2017

BENGKEL MODUL VERIFIKASI SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) BAGI TAHUN 2017

Kuala Terengganu, 29 November 2017 - Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (PPPNT) telah mengadakan Bengkel Modul Verifikasi Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) bagi tahun 2017. Bengkel ini diadakan di Dewan Syarahan, Tingkat 2, Wisma Darul Iman dan telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Jamaruslam bin Abdullah, Timbalan Pengawai Kemajuan Negeri Terengganu.

Bengkel ini diadakan buat julung-julung kalinya dan bertujuan untuk merapatkan jurang komunikasi di antara PPPNT dan agensi-agensi di peringkat Negeri Terengganu yang merupakan pengguna SPP II seterusnya meningkatkan kecekapan inisiatif pemantauan ICU JPM khususnya menerusi SPP II. Selain itu juga, objektif bengkel ini adalah untuk memastikan maklumat yang dipaparkan di dalam SPP II adalah tepat dan terkini. Proses ini dilakukan melalui pengesahan maklumat di tapak oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPPN) dan dimaklumkan kepada Kementerian untuk tujuan pengemaskinian. Ia boleh diumpamakan seperti kaedah check and balance dimana pihak Kementerian boleh menerima atau menolak kemaskini yang dijalankan oleh PPPN.

Dua (2) orang pegawai dari Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI) ICU JPM, (Seksyen SPP II) iaitu Encik Azwan bin Abdul Aziz, Pegawai Teknologi Maklumat dan  Puan Siti Zaharah bt Sunok@Shuit, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, telah hadir bagi menyampaikan taklimat dalam bengkel ini. Agensi yang terlibat adalah KETENGAH, PMINT, UMT, UniSZA, IADA-KETARA, KEMAS, FELCRA dan RISDA.  Pihak PPPNT turut diwakili oleh Seksyen Pemantauan dan Penilaian.

Bengkel yang bermula pada jam 9.00 pagi itu berakhir pada jam 4.00 petang.

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 30 November 2017