Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
Kemaskini pada :
21/09/2017

HTML hit counter - Quick-counter.net



AKTIVITI 2017

LAWATAN KE PREMIS PESERTA TUNAS MEKAR PERUSAHAAN PERUSAHAAN DOBI UMMI DAN PERUSAHAAN AIR HAPPY WEPPY

14 Mei  2017, Kuala Terengganu – Satu lawatan ke dua buah premis peserta Tunas Mekar Siri 6 telah diadakan hari ini iaitu ke Perusahaan Dobi Ummi yang dimiliki oleh Cik Nuramelia Farliana bt Mohd Azhar yang beroperasi di Padang Mengkuang Marang dan  perusahaan air Happy Weppy oleh Siti Zahidah Ammarah bt Abd Manaf, di Kg. Bukit Tanah, Sungai Derhaka. Lawatan ini disertai oleh 2 orang wakil daripada PPPNT iaitu Encik Md Razi bin Md Lazim, Ketua Penolong Pengarah dan Puan Norhazijah bt Mohamad Khalid, Penolong Pengarah serta 4 orang perunding yang merupakan kaunselor UITM iaitu Puan Noorazlina Ahmad, Encik Abd Razak bin Abu Kasim, Puan Noorizan bt Ahmed dan Nik Fakhrulhazi bin Nik Hassan.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat operasi perniagaan peserta dan perkembangan perniagaan peserta berdasarkan laporan bulanan peserta yang telah dibentangkan dalam mesyuarat berkala yang dilakukan sebelum ini.
Menerusi lawatan ini, Kaunselor telah memberi penambahbaikan dari segi strategi perniagaan, cara mempromosikan perniagaan serta mencadangkan agar susun atur dalam premis disusun dengan lebih sistematik bagi memudahkan urusan perniagaan dilaksanakan serta dapat menarik perhatian pelanggan.
Lawatan ini berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Sumber : Seksyen Khas

Tarikh Kemaskini: 16 Mei 2017