Forgot Password
  . Biru Hijau Merah
RSS Version Bantuan W3C Disability User . Versi Mobile
Peta Laman
Emel Rasmi ICUJPM

MAKLUMAT KAMI
  Perutusan PKN
  Profail Jabatan
  Piagam Pelanggan
  Carta Organisasi
  Direktori Pegawai
  Pertukaran Pegawai

SEKSYEN
  Pengurusan & Kewangan
  Khas
  Pemantauan & Penilaian
  Teknologi Maklumat
  Pengurusan Sosial

SUMBER DATA
  Penerbitan
  Arahan/ Pekeliling
  Ahli Parlimen Terengganu
  Tender/Sebutharga
  Arkib Berita/Galeri
  Keratan Akhbar

Audio/Video
Video/Audio
INFO PELAWAT
 
Kemaskini pada :

17-10-2018


HTML hit counter - Quick-counter.net

Bil.Pengunjung :





AKTIVITI 2018

LAWATAN PENILAIAN OUTCOME KE PROJEK AGROPOLITAN BESUT-SETIU DI PANCHOR BEDERU, SETIU

6 Ogos 2018 - Bahagian Penilaian Strategik ICU JPM dengan kerjasama pihak UKAS dan PPPNT telah mengadakan Kajian Penilaian Outcome ke Projek Agropolitan Besut-Setiu di Panchor Bederu, Setiu. Lawatan tersebut adalah bagi menilai keberkesanan program/projek yang dijalankan serta tahap kelangsungan dan hala tuju projek selepas projek siap dan penternakan bermula pada tahun 2013.

Projek Agropolitan Besut-Setiu merupakan sebuah projek yang menumpukan kepada pertanian dan pembasmian kemiskinan. Para peserta dipilih daripada senarai eKasih Daerah Besut dan Setiu dan diberikan kemudahan kediaman dan infrastruktur asas lain untuk menjalankan aktiviti penternakan kambing biri-biri jenis dorper dan pertanian fodder (makanan ternakan). Selain dari itu, beberapa aktiviti turut diadakan bagi membantu hasil ekonomi program/projek ini.

Lawatan tersebut dimulakan dengan sesi taklimat oleh pihak ECER dan FELDA selaku agensi pelaksana, disusuli dengan lawatan ke kawasan penternakan dan kediaman peserta dan berakhir dengan sesi berinteraksi dengan peserta dan kajian soal selidik. Lawatan tamat pada jam 3.30 petang.


Sumber: Seksyen Pemantauan dan Penilaian

Tarikh Kemaskini: 07 Ogos 2018